Thursday, May 21, 2009

gambar saya!!!



nila gmbr time i tunang aritu..7th feb 2009..so skrg sy sudah mjadi tunangan org..hee...tp saya ttp org yg sme..btol x kwn2 ...i x pnh berubah oke..ape yg u knl dr dulu smpai skrg sme jek..btol x aien?kikie? n others....i ttp dgn cr i sndiri..sukeatie org nk ckp ape...but most important jd la diri sendiri oke..harap encik fiance phm akan tunangannya ini..hee...x reti msk tp suke mkn..haha..xde byk duet tp suke shopping..haha..thanks for encik fiance sbb phm saya..xpela kalau kt blkg die nk bersungut ke nk merungut ke..yg pnting kalau dgn i dia sntiasa snyum n snyum..haha...encik fiance i mmg x byk ckp..tp kalau dgn i ..ckp jgkla...most of my fren x knl lg dgn die sgt2...just say hye n hello sje..for dayang2 berlian nt i knlkan encik fiance dgn u all btol2 oke..aritu kan x smpat..msg2 bz myiapkan diri i yg konon bagai puteri time tuh..nak itu diberi..nak ini dibagi..thanks to all yg attend my engagement aritu...big thanks to my dayang2 berlian cz sudi hadirkan diri ke jb bt kali ke 2 dlm bln yg sme...haha..syg kt korang sume..muahhh...smoga ikatan pertunangan i n encik fiance berkekalan hingga ke jinjang pelamin nx year..amin....

Saturday, May 16, 2009

Doakan moga dia kembali kepada ISLAM..

email yg kudapat dari seorang teman...sekadar renungan utk titipan kalian...tersentuh hatiku pabila membaca kisah ini..diharap menjadi iktibar buat diriku dan kalian...

Astagfirullah! . Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud panjang, memohon istighfar. Air mat aku mengalir. Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya.Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan.Emosiku terganggu... .. Fikiranku mengimbau peristiwa lama itu...... Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan."Macam mana?" tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!"."Kalau abang nak.....adalah! ". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira.Tuhan, syukurlah atas nik mat ini. Aku tahu dia a mat sayang padaku.> Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku. Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku.Dan segala-galanya. "Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,".Hari- hari itu yang diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik.Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya. Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suci Al-Quran. Surah Yasin,Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata,suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibu apabila janinnya bergerak-gerak,memberi tindak balas pada kalimah tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat senyumannya. Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat . Biar dia menjadi wanita terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra,puteri Rasullulah s.a.w. yang terunggul. Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami. Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda. Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah,akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua.Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain. Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cemerlang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pun begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis segala unsur jahat.Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biarpun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam. Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga. Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan. Air mataku menitis. Jauh di sudut hati,aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti. Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikan. Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah, Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah Katanya, dengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum mendengar pertentangan- pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya, " Nur Amana memujukku. Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja disebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa. Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini.Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan. Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amana tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur Amana sendiri. Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukup bimbang. Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi,Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu. Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat. Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong. Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis. Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak.Dia menafikan sekeras-kerasnya. Katanya itu Cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara agamanya. Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau.Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi. Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapura lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya. Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar. Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti.. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu?Subhanallah! Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan. Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam.....pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya.Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku.Sesungguhny a hakikat ini terlalu pahit. Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa "Cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mat aku mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat. Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, rama yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta!Alangkah dangkalnya iman Nur Amana.Alangkah!!! Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya.Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang. Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan.Suamiku gagal! Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya.Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu.Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan suamiku. Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya gugur.Aku tahu hatinya. Dan Cuma aku yang tahu hatinya."Demi Allah! Aku bersumpah Negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika.Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat "Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'. Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari.Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau pilih,teruskanlah. .... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat !," Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan hari ini,suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada mahkamah!Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentiment perkauman juga keagamaan. Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak.Astagfirullah . Dari tadi aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.Solat Isyak kudirikan.Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagipada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh disudut hati. Aku terus berharap.... ., pulangla anakku,Nur Amana! Aduhai, kisah Natrah berulang kembali..... Agama dipermainkan oleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI. Sampai bila perkara ini akan berakhir.... . Betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan kita yang mengaku dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini???? Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita.....

Tuesday, May 12, 2009

my baby boo



Muhammad Aiman Bin Haji Shamsudin...menjengah dunia pd 28 April, 2006...bersyukur kepadamu ya Tuhan kerna mergurniakan si comel ini kepada kami sefamily..sesungguhnya kehadiran si comel ini sgt2 membahagiakan kami sefamily...nie la pengarang jantung hatiku...setiap kali pulang office si comel ini yang kucari..even penat dan lelah ku belum ilang..heee...skrg umurnya sudah genap 3 tahun...mulut comelnya ibarat bertih jagung..bertanya berpuluh soalan itu dan ini...tawanya..nangisnya menjadi penyeri hidup kami sefamily...comelku,kakak doakan kamu berjaya dunia dan akhirat suatu ari nanti...menjadi anak kebanggaan abah dan emak oke...

sekadar renungan untuk kalian..

Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur.....Renungkan, lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya. Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya,betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar. Sekarang,beralihlah....Lihatlah ibu anda....Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita.Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang,dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai dan sayangi itu...Ayah,Ibu,Suami,Isteri,Kakak,Adik,Anak,Sahabat,Semuanya...Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah merekayang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan.Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.Tanpa kata, tanpa suara dia berkata..."betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu?Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA.....Kakak, abang, adik,dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu"tak lagi membuka matanya,untuk selamanya ... "

ari yg amat penat

huu...see my leg..sgt penat lorr...keje kt office arini byk gler..pastuh cl from client bertalu2..adoiiii...so tired lor..huh..nk update blog ku ini pon xde mase lg..walau ape pon inila dinamakan kerje..ari2 g keje..ari2 wat keje...utk mndapatkan rezeki yg halal utk mneruskan ari-ari yg mendatang..chaiyok2...k nk lunch dulu..nt free i cntinue k..heee:)

Monday, May 11, 2009

shopping + gossiping + honeymoon

pd labour day yg br berlalu..aku ke kota hiruk pikuk kt mane lg kalau bkn ke kl..aku ke sane utk melepas rindu dendam aku utk dayang2 berlian ku..sape lg kalau bukan my dearest aien, kk, kak nadz n azue...aku smpai kl aritu kol 12 a.m..azue n aien fetched me at pudu..after dat kitorg g kg baru g mkn steak kt ctu..bersame2 dgn bf azue..lepak2 kt ctu smbil berbual2 kosong dgn bf azue..1st time aku bersua muka dgn bf nyer..not bad jgk even dipertengahan usia..sory ye azue..after makan n borak2 we all tros blk uma..di kl uma ain da mjadi uma ke 2 ku..heee...thanks a lot aien..heee...so after borak2 kejap..we all pon dibuai mimpi2 indah msg2...esknye we all g sunway lagoon plak...wow...very interesting ok...even diz 2nd time i g sunway tuh..but i rase melonjak2 nk g lg..heee...even sang mentari yg menyengat2 kaki n tgn ku..but it's not d prob oke..kiteorg mandi n maen x ingt dunia oke..but d besh part is time nek "tommahawk" ...time tu kikie xnk join..as aien said..kikie mmg atie kecik..but aku pakse2 die tmn aku..cz nek bende ni kene bercouple kan..so dgn terpaksenye die tmnkan aku..aku wit kikie..aien with azue..hah time nek ni..nak tau suare plg kuat kikie n aien la kan...aku dgr dorg jerit smpai aku surrender r nk jerit dgr sore dorg jek 1 sunway leh dgr..heee...sorry guys...time nak trn tuh..mamat yg jge bendealah tu leh sound kt kikie ke aien ek...'kak,sore akk plg kuat sekali'..heee...mmg btolla kan ape yg aku ckp sore dorg jek yg dgr..heeee....after kiteorg puasatie mandi mande..kiteorg decide bla dr sunway..time nk kuar tu jmpe stacy tp aku x tgorla cz x berape nk fun club sgt kan dgn die...pas kuar sunway perot kiteorg pon da berdansa dangdut..kiteorg decide g amek my sis,leya kt uitm...then heret die g d curve..makan indonesian fud "ayam penyet" not bad jgk ayam penyet kt ctu..nt u all leh la try ea...after dat kiteorg dcide g IKEA...heee...my fav place...abes jgk beberape rat..huhuk..siap call my emak then ckp2 nk beli ape..huhuh..after dat kiteorg window2 shopping kt area d curve tuh...da pnt kaki melangkah kiteorg bla..anta leya blk hostel...pastuh blk kl...mlm nye plak kiteorg g danau kota..ala2 uptown r..just cuci2 mate jek..then blk uma pon da kol bpe pg..heee...blk lepak2 jap..tido....esknye ari sbtu 2/05/09 we all g attend wedding kak aien..kt area sg buloh...kak aien ni x senior kiteorg dulu kt uniKL...ni gambar die.. comelkan kak aien..heee...hope d akad of suami&isteri berkekalan sehingga akhir hayatnye..amin...


after attend wedz kak aien..we all decide g amek kak nadz..huhu..punyela ssh cr uma kak nadz tuh..area sentul perghh...i ni mmgla x pro kan cz bkn org kl..yg lg 2 ekor tuh pon ala2 lupe jgk kan..png2 lalat jgk i dlm kete kikie tuh..last2 jmpe jgk uma kak nadz..after angkut kak nadz kiteorg memberi kate sepakat utk ke menara hupseng yg kononnye ade warehouse sales...so redah la..last2 tgk xde yg berkenan..sumenye ala2 bundle 5hengget jek..huhhu...x menepati taste btol kan u all...so lepak kt old town white coffee..lg besh!!!gossip2 + cite time2 study dulu..wat old town tu cm kafe mak bpk kiteorg..heee...ni hah gmbr nye..hee...

from left: kak nadz+aien+kikie


from left: aien+kikie+me

cupcakes for my emak

hah..td kan i cite i wat cupcakes delivery for my emak kan..ni i tunjukkan cupcakes tu k..actually i order through on9 jgk..jenguk2 kt blog..tetibe terjumpe blog kak eyna ni..pastuh die mmg kt jb..dkt plak tu dgn uma i..so i tros sms die then order cupcakes ni for my emak..siap special delivery by kak eyna tu..even kitorg hanye knl di alam maya..but she's very luvly person..thanks kak eyna..will order for 2nd round oke...





selamat ari ibu..


mother's luv is free for life rite? so pd sesiape yg blm wish mother's day...sile2 la wish even da late 1 ari lg..but still worth it to wished b4 terlambat or x berkesempatan utk wish thn dpn..for my emak " Hajah Bibi Haniah Binti Ahmad" ...selamat ari ibu...jasamu kukenang smpai mati..terima kasih kerna melahirkan aku didunia yg pnh onak dan duri ini...terima kasih kerna telah menjaga aku yg skrg sdh genap 24 tahun..terima kasih kerna tidak jemu memberi perkhidmatan yg percuma buat diriku...mengejut ku tiap2 pg utk ke office..membuatkan air utk ku breakfast..membebel tiap kali jika ku gagal menunaikan wajibku...menangis dan ketawa bersama...utk hari ibu thn ni..i wat cupcakes delivery for my emak..emak very d shocked mse dpt cupcakes tue..tros cl i then say thanks to me..then nanges2...huhu..mak kte terharu sesgt...heee..nsbla my mum's x kene heart attack...so emak walau dmane jua akak berada jasamu xpnh kulupa...but now i mmg stay dgn u kan mak..so sngla u nk membebel setiap hari kan mak...even beribu thn mak membebel...akak xkesah...sbb bebelan mu itu 1 doa yg kau titipkan utk ku setiap hari kan mak...i luv u so much emak!!!!


email yg ku dpt dr seorang teman utk titipan kalian

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata . . . memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku . . . .mak
Bila lapar, yang suapkan aku . . . .mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku . . . .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut . . . .Mak
Bila bangun tidur, aku cari . . . .mak
Bila nangis, orang pertama yang datang . . . .mak
Bila nak ber manja, aku dekati . . . .mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah . . . .mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya . . . .mak
Bila nakal, yang memarahi aku . . . .mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma . . . .mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah . . . .mak
Bila takut, yang tenangkan aku . . . .mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk . . . ..mak
Aku selalu teringatkan . .. . .mak
Bila sedih, aku mesti talipon . . . .mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu . . . . .mak
Bila bengang . . aku suka luah pada . .mak
Bila takut, aku selalu panggil . . . "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah . . . .mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga . . . .mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu . . . .mak
Bila ada masalah, yang paling risau . . . . mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni . . mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku . . . .mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk . . . . .mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku . . . .mak
Yang selalu berleter kat aku . . .mak
Yang selalu puji aku . . . .mak
Yang selalu nasihat aku .. . . .mak
Bila nak kahwin . . Orang pertama aku tunjuk dan rujuk . . . . .mak

Aku ada pasangan hidup sendiri . . . .
Bila seronok, aku cari . . . . pasanganku
Bila sedih, aku cari . . . .mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada . . . . pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada . .. . .mak
Bila bahagia, aku peluk erat . . . . pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat .. . . .emakku
Bila nak bercuti, aku bawa . . . . pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah . . . .mak
Bila sambut valentine . . Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu . . . aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu . . aku ingat pasanganku Selalu . . mak ingat kat aku
Bila-bila . . . aku akan talipon pasanganku Entah bila . . . aku nak talipon mak
Selalu . . .. aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila . . . aku nak belikan hadiah untuk emak...
Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja . . . bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak . . . lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah" . Berderai air mata jika kita mendengarnya . . . . . . . . Tapi kalau mak sudah tiada .. . . . . . . . . . MAKKKKK . . . RINDU MAK . . . . RINDU SANGAT . . . .

my first entry

salam..actually da lme da nk create blog nie..but x pnh tau nk wat cmner..heee....so today i blajar wat ni from sumone special hee...thanks to miss zara..heee...i luvbiu lar..even u da xkeje sme ofc dgn i..but still keep in touch...nt kawen i jadi bridesmaid u..bole?heee..just joking dear!!!